DAPUR IMPIANA: APRIL-JUN 2008
HOMEFAiR '08 KEMBALI LAGI
Atas sambutan hebat yang diterima hujung tahun lalu, pameran hartanah dan dekorasi kediaman, HOMEFAiR’08 bakal diadakan untuk kali ketiga pada 11 – 13 April 2008. Seperti pameran sebelumnya, lokasi Persada Johor, International Convention Centre seluas 33,000 kaki persegi dipilih pusat pameran. Anda bakal menemui perseta pameran dari pelbagai jenis perniagaan termasuk produk terbaru hiasan dalaman dengan lebih 190 buah gerai dari 100 buah syarikat. Dibuka dari pukul 11 pagi hingga 9 malam, anda bebas memilih produk dan perkhidmatan yang diingini.
Pelbagai rangkaian produk bermutu dan terkini disediakan khas bagi memenuhi kehendak khalayak. Daripada kelengkapan dalaman hingga luar kediaman, HOMEFAiR’08 kali sememangnya tidak akan menghampakan anda. Antara produk yang perlu anda beri perhatian adalah hiasan kediaman, teknologi terkini untuk kediaman, rekaan hiasan dalaman, aksesori bilik mandi, langsir, bidai, cabinet dapur dan aksesori. Jangan lepaskan peluang dan rebut segala tawaran hebat yang disediakan. Jangan lupa menemui pereka selebriti, Eric Leong dan mendapatkan beberapa nasihat dan idea menarik darinya.
Bagi anda yang berminat untuk menyertai pameran ini boleh menghubungi talia 07-863 7500 atau layari laman web www.homefair.com.my . Anda yang masih mencari perabot dan kelengkapan kediaman atau pun ingin memiliki kediaman baru, segera ke HOMEFAiR’08 dan nikmati produk terkini yang bermutu sebagai kelengkapan kediaman anda.
JANGAN LEPASKAN PELUANG KEEMASAN INI!