• Home
  • Company
  • Events
  • Portfolio
  • News
  • Career
  • Contact
>>back

News Archive

IMPIANA, OGOS 2007
HOMEFAiR '07 MERIAH

HOMEFAiR’07 yang diadakan di Persada Johor pada 22 hingga 24 June 2007, telah berjaya menarik minat ramai pemilik kediaman di serata Malaysia. Dianggarkan seramai 40,000 orang telah menghadiri pameran yang diadakan selama tiga hari ini. Para pengunjung bukan sahaja berkesempatan melihat produk terbaru hiasan kediaman, malah memenangi beberapa peraduan yang dianjurkan oleh pihak penganjur. Penaja seperti Teka dan Floor Depot telah memperuntukkan sejumlah hadiah yang lumayan kepada semua pemenang.

Bagi memeriahkan perjalan pameran, pihak penganjur juga telah mengadakan pertandingan ruang pameran yan terbaik. Antara yang terpilih adalah Achiever Design & Build Sdn Bhd, Goodrich Global (JB) Sdn Bhd, Oriwise Sdn Bhd, Seri Alam Properties Sdn Bhd Tebrau Teguh Sdn Bhd, Teka Kuchentecnik (M) Sdn Bhd dan UK Land International (M) Sdn Bhd.

Selama tiga hari berlangsungnya pameran ini, juri hakim professional telah memutuskan untuk memilh UNP DESIGN SDN BHD sebagai juara. Diikuti oleh HONG LEE ALUMINIUM SDN BHD dan CHAP LIN DESIGN (M) SDN BHD ditempat ketiga. Tiga pereka bentuk dalaman iaitu Eric Leong, Josephine Seet dan Michael Lee, seorang arkitek, Andrew Chan dan Pengarah Jualan Persada Johor, Abd Latif Sahat diamanahkan sebagai juri professional bagi pertandingan kali ini. Kemeriahan HOMEFAiR’07 akan kembali lagi pada 7 hingga 9 Disember 2007.

X TWO MEDIA SDN BHD

30A, Jalan Gaya 28, Taman Gaya, 81800 Ulu Tiram, Johor, Malaysia

Tel: +607 863 7500 Fax: +607 863 6599

Hotline: +016 733 3383 Email: knowmore@x2.com.my

  • HOME
  • |
  • COMPANY
  • |
  • EVENTS
  • |
  • PORTFOLIO
  • |
  • NEWS
  • |
  • CAREER
  • |
  • CONTACT

copyright © 2008 by X TWO MEDIA SDN. BHD. All rights reserved.