• Home
  • Company
  • Events
  • Portfolio
  • News
  • Career
  • Contact
>>back

News Archive

DAPUR IMPIANA Jul-Sep 08
PERADUAN SHOP & WIN DAN V ISIT & WIN LCD TV LENGKAPI ACARA DI PAMERAN HOMEFAiR ’08

Pening memikirkan perancangan pengubahsuaian dan apakah trend hiasan serta aliran terkini reka bentuk dalaman? HOMEFAiR’08 ada penyelesaiannya. Pameran hartanah dan hisana dalaman yang diadakan di Persada Johor selama tiga hari dari 11 hingga 13 April lalu berakhir dengan penuh kemeriahan. Pameran di bawah satu bumbung ini mendapat sambutan yang hebat dari pelbagai lapisan masyarakat. Lebih 40,000 pengunjung yang datang ke pameran ini menjadikan jumlah jualan keseluruhan mencecah hingga RM7.0 juta.

Pameran ini merangkumi semua produk dan pengubahsuaian kediaman. Pelbagai maklumat dan pengetahuan yang boleh diperoleh di pameran ini termasuk idea, trend terkini serta khidmat nasihat daripada pakar dan pereka hiasan dalaman. Pameran ini turut menjadi platform serta memberi pengetahuan kepada pengguna tentang kepentingan hiasan dalaman. Pameran turut dimeriahkan dengan peraduan SHOP & WIN. Bagi pengunjung yang berbelanja lebih daripada RM150 dan menyertakan resit pembelian dapat menyertai peraduan tersebut. Sementara itu mereka yang berkunjung ke HOMEFAiR dapat merebut peluang memenangi televisyen LCD Samsung 40" yang bernilai RM5,000.

Selain pameran, turut berlangsung seminar secara percuma oleh panel berkaliber. Bagi membantu individu yang sedang menghadapi dilema memilih hiasan dalaman dan pengubahsuaian kediaman seperti yang diidamkan, seminar HOMEFAiR, Dapur Ideal HOMEFAiR, demonstrasi masakan dan klinik hiasan dalaman pasti member maklumat yang berguna. Penaja utama bagi peraduan SHOP & WIN dan VISIT & WIN LCD TV terdiri daripada Teka Kuchentechnik (M) Sdn Bhd. Manakala penaja bersama terdiri daripada CS Interior Design, Fiamma Sdn Bhd (ELBA), Floor Depot, Home Focus Snd Bhd (Pacific), Homelife (J) Sdn Bhd, Inspiration Bridal, Kinowell Sdn Bhd, Mitalle Carpet & Furnishing Sdn Bhd dan Terrybest Curtains & Carpet Supply Sdn Bhd.

Buat semua penaja ucapan terima kasih tiday terhingga diucapkan kerana menaja keseluruhan hadiah yang bernilai RM68,326.00. Majlis penyampaian hadiah telah diadakan pada 17 Mei 2008 di pejabat baru X Two Media dan kebanyakan pemenang menebus hadiah masing-masing. Harapan mereka agar dapat mengunjungi HOMEFAiR di masa akan datang. HOMEFAiR seterusnya akan berlangsung dari 10 hingga 12 Oktober 2008 di Paras 1, Persada Johor.

X TWO MEDIA SDN BHD

30A, Jalan Gaya 28, Taman Gaya, 81800 Ulu Tiram, Johor, Malaysia

Tel: +607 863 7500 Fax: +607 863 6599

Hotline: +016 733 3383 Email: knowmore@x2.com.my

  • HOME
  • |
  • COMPANY
  • |
  • EVENTS
  • |
  • PORTFOLIO
  • |
  • NEWS
  • |
  • CAREER
  • |
  • CONTACT

copyright © 2008 by X TWO MEDIA SDN. BHD. All rights reserved.