Impiana, November 2007
PRODUK HEBAT DI HOMEFAiR'07
Bedasarkan sambutan hebat yang diterima semasa HOMEFAiR’07 yang lalu, pameran hiasan dalaman terrunggul ini akan kembali menemui anda pada 7 hingga 9 Disember 2007. Pameran yang diadakan buat kali kedua ini akan berlangsung di ruang dewan 101 & 102 , aras 1, Persada Johor, International Convention Centre Johor Bahru yang seluas 33,000 kaki persegi. Dibuka dari 11 pagi hingga 9 malam, pameran kali ini akan mempamerkan pelbagai produk terbaru hiasan dalaman dengan 190 buah gerai dari 100 buah syarikat. Lebih banyak pilihan dan peluang untuk anda.
Rangkaian produk bermutu dan terkini disediakan khas bagi memenuhi kehendak khalayak. Daripada kelengkapan dalaman sehingga ke luar kediaman, HOMEFAiR’07 kali kedua ini sememangnya tidak akan menghampakan anda. Antara produk yang perlu anda beri perhatian adalah hiasan kediaman, teknologi terkini untuk kediaman, rekaan kediaman, aksesori kamar mandi, langsir, bidai, cabinet dapur dan aksesori. Jangan lepaskan peluang dan rebut segala tawaran hebat yang disediakan. Jangan lupa menemui pereka selebriti, Eric Leong dan mendapatkan beberapa nasihat dan idea menarik darinya.
Bagi anda yang berminat untuk menyertai pameran ini boleh menghubungi talian 07-863 7500 atau layari laman web www.homefair.com.my . Anda yang masih mencari perabot dan kelengkapan kediaman atau pun ingin memiliki kediaman baru, segera ke HOMEFAiR kedua ’07 dan nikmati produk terkini yang bermutu sebagai kelengkapan kediaman anda. Jangan ketinggalan!